Salahuddin, Aminolhuda turun lapangan bantu bersih rumah mangsa banjir di Labis

LABIS: Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Pengerusi AMANAH  Johor merangkap Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan hari ini telah mengadakan misi bantuan mangsa banjir di Segamat, Johor.

Rombongan misi bantuan AMANAH Negeri Johor ini telah melakukan siri bantuan pembersihan rumah mangsa-mangsa akibat banjir dan turut menjadi mangsa adalah rumah salah seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Ali bin Zaidudin di sini.

Sehubungan dengan itu maklumat yang diperolehi oleh misi bantuan tersebut, ke semua mangsa banjir di Kampung Tenang Labis telah dibenarkan pulang ke rumah dan pusat permindahan telah pun ditutup ke seluruhannya.

>> Laporan wartawan Amni Jagat I 25 Januari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *