Presiden AMANAH turun ke bawah ziarah aktivis parti yang sakit terlantar

BATU: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu tidak kekok untuk turun ke bawah meninjau dan menziarahi ahli-ahli dan penyokong akar umbi yang terlantar sakit, walaupun waktunya terhad dengan pelbagai program parti yang sendat saban hari.

Pimpinan AMANAH Batu turut menziarahi dan bertanya khabar Khairunas Moin yang kini sakit terlantar akibat serangan stroke.
Mohamad Sabu meluangkan masa untuk menziarahi aktivis tegar Khairunas Moin di rumahnya di Kg Banda Dalam tengahari Ahad lalu.
Khairunas sangat terharu dengan kedatangan Mohamad Sabu dan rakan-rakan AMANAH Batu menziarahinya.

Pada Ahad lalu, 22 Januari, beliau bersama Jawatankuasa Pengurusan AMANAH Parlimen Batu bergegas bertandang ke rumah AJK AMANAH Kawasan, Khairunas Moin yang sudah sakit terlantar akibat serangan stroke sejak 4 bulan yang lalu di rumahnya di Kg Banda Dalam Hilir, dekat sini.

Beliau diiringi Ketua AMANAH Batu, Cikgu Ishak Surin dan Naib Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Rohana Kamaruddin serta beberapa AJK AMANAH Kawasan, kira-kira jam 1 tengahari sebaik usai mengahadiri Program Temurapat Presiden bersama AMANAH Parlimen Batu di Wisma Harapan Baru, AMANAH Batu.

Pada kunjungan itu, Mohamad Sabu memberi kata-kata semangat kepada Khairunas sambil menyampaikan sedikit sumbangan dan mendoakan agar beliau segera sembuh.

Khairunas merupakan seorang aktivis tegar sejak muda sehinggalah melalui era reformasi bersama isterinya menghadiri unjuk rasa saban minggu tanpa henti. Beliau meninggalkan Pas dan bersama AMANAH bagi melangsungkan perjuangan rakyat dan Islam dengan pendekatan yang lebih rahmatan lil alamin. 

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *