Khairuddin gesa SPRM siasat Kementerian Pelancongan bagaimana boleh ada defisit besar

Nazri Aziz tolong jangan nak sandiwara serta main wayang kulit untuk tunjuk seolah-olah beliau amat prihatin terhadap penjimatan perbelanjaan Kementerian Pelancongan Malaysia. Rakyat tak mahu dengar mengenai penjimatan RM6 juta setahun dari penutupan pejabat-pejabat tourism di seluruh negara. Ini agak remeh!

Bagi saya kalau terdapat banyak pejabat di setiap negeri di seluruh negara; ianya sekurang-kurangnya boleh mengwujudkan peluang pekerjaan yang lebih kepada generasi muda di negara kita.

Sepatutnya Nazri Aziz kena kaji semula semua perjanjian pengiklanan pelancongan kerana ini menelan belanja di antara RM200 juta sehingga RM300 juta setahun.

Atau pun kaji semula jumlah perbelanjaan promosi pelancongan di luar negara. Ini angka besar dan buatlah penjimatan secara berskala besar juga pada setiap tahun. Janganlah nak bersandiwara serta buat penjimatan kecil-kecilan saja bagi mengelabui mata rakyat.

Seperkara lagi saya ingin tanya Nazri Aziz berapa jumlah defisit Kementerian Pelancongan Malaysia masakini?

Jumlah defisit kementeriannya ada tak berjumlah lebih kurang rm250 juta? Saya ingin memohon Menteri Pelancongan jawab dan mengesahkan jumlah anggaran angka yang saya beri ini betul ataupun tidak.

Saya nak tanya Nazri Aziz kalau angka defisit Kementerian Pelancongan Malaysia mencecah lebih kurang RM250 juta, ini amat menghairankan kita semua.

Kementerian Pelancongan menerima peruntukan tetap setiap tahun. Kementerian Pelancongan Malaysia bukan berniaga. Tetapi macam mana kementerian Nazri Aziz boleh terdapat sejumlah defisit yang besar sekiranya anggaran angka yang saya berikan itu betul.

Sebuah kementerian yang terima peruntukan tahunan yang tidak berniaga tapi boleh ada defisit yang besar.

Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya membuat siasatan keatas Kementerian Pelancongan Malaysia secara kadar segera bagi menyiasat samada ada ataupun tidak unsur-unsur rasuah dalam kementerian ini.

Secara jujur juga inginlah saya ingatkan Nazri Aziz bahawa rakyat tidak bodoh! Jangan terlalu banyak nak bersandiwara kerana takut nanti sandiwara ini akan memakan diri sendiri.

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
24 Januari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *