Mahfuz gesa Zahid Hamidi dedah “kepala ikan” jenis apa yang telah rosak, siapa dalang yang nak jatuhkan beliau

Saya begitu simpati mendengar rintihan dan keluhan rakan baik saya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah memberitahu dunia bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno menyatakan bahawa ada usaha pihak tertentu yang mahu mengalahkan Barisan Nasional Bagan Datuk pada PRU14 serta menyifatkan usaha tersebut sebagai ‘rosak ikan bermula dari kepala’ laporan Bernama di petik.

“Teori ‘ikan rosak bermula dari kepala’,diibaratkan jika ikan mati,maka yang busuk dulu adalah kepala, teori ini menggambarkan sebuah kepemimpinan, dimana kalau terjadi kesalahan dalam organisasi, maka yang bertanggung jawab atas kesalahan itu pemimpinnya”.

Persoalannya kenapa Zahid tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apa yang dimaksudkan oleh Zahid mengenai pihak yang mahu menjatuh dan mengalahkannya pada PRU14. Sudah pasti bukannya datang dari pembangkang.

Jangan menyalahkan pembangkang, yang salah itu adalah kesalahan pemimpin UmnoBn.

Sudah menjadi tradisi apabila pembangkang bertanding dalam pilihanraya ianya bukan sekadar kerusi Bagan Datuk yang mahu dimenangi tetapi termasuk Pekan dan semua 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Maka sudah tentu yang dimaksudkan Zahid ‘rosak ikan bermula di kepala’ itu adalah mainan politik dalaman UmnoBn yang didalangi oleh ‘kepala ikan besar dan mahal’ yang sedang mengalami kerosakan.

Dalam erti kata lain satu gerakan untuk sabotaj Zahid sudah dikesan oleh pasukan Zahid dan tidak mustahil ianya membabitkan PDRM dan Perisik ATM.

Gerakan ini saya percaya sudah lama diperkatakan melalui serangan dari kumpulan askar siber (cybertrooper) yang diberi upah untuk menyerang Zahid.

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018, apakah ‘jenis kepala ikan’ tersebut? Jenahak, Merah, Senangin, Siakap atau kepala ikan Salmon.

Zahid mesti tampil berani memberi tahu agar rakyat faham ‘kepala ikan apa yang mengalami kerosakan bagi menghindar rakyat dari makan ikan yang tidak ada zat dan membusukan’.

Teori ikan busuk bermula dari kepalanya, maka Perdana Menteri yang juga Presiden Umno adalah ‘kepala ikan yang busuk’. Badan ‘ikan’ iaitu menteri kabinet atau ahli Majlis Tertinggi Umno,kepala sudah busuk, maka sahih ianya bermula dari ‘kepala ikan yang busuk’ iaitu Perdana Menteri!

Maka jika ikan di bahagian kepala yang membusuk,maka kita harus potong bahagian kepalanya,agar tidak menjalar ke bahagian badannya hingga ekornya.

>> Komentar bebas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar l 23 Jan 2017.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *