Blok ketiga satu perancangan sulit pecahbelahkan pakatan pembangkang dakwa Salahuddin

KUALA LUMPUR: Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi “King Maker” dan kelihatan pro-BN, tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub.

“Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily.

Katanya, AMANAH mengajak seluruh rakyat yang bakal mengundi di dalam PRU14 yakin bahawa blok ketiga adalah merupakan pakatan parti-parti politik yang akan menyumbang kepada kemenangan BN.

Menurut Salahuddin, rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga ini adalah satu perancangan sulit dan rapi untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang yang semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat dewasa ini.

AMANAH dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan dan PPBM akan melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN, tegas bekas Naib Presiden Pas itu.

Beliau berkata, PPBM adalah parti yang boleh ditauladani dan diyakini kerana bersegera memperkukuh posisi bersama PH menentang kezaliman BN yang dilanda skandal terbesar hari ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *