Perjuangan penduduk Kg Permatang Tok Subuh tidak sia-sia, terima kasih Lim Guan Eng

PERJUANGAN BERBALOI… Perjuangan penduduk asal Kg Permatang Tok Suboh dengan bantuan pihak Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun membuahkan hasil. Mereka mengucapan berbanyak terima kasih terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng. Rundingan dan inisiatif khas Kerajaan Pulau Pinang selama tiga tahun, pampasan ditawarkan oleh tuan tanah bagi penduduk Kg Permatang Tok Suboh kini adalah berjumlah antara RM25,000 kepada RM44,400. Ini bermakna ada yang telah mendapat tambahan hampir 150% ataupun sebanyak RM15,000. Penduduk bersetuju dengan tawaran terbaru in dan kini dalam perbincangan untuk memperhalusi perjanjian bertulis antara kedua-dua pihak. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju memperuntukkan sebidang tanah (Lot 635) di sebelah tanah didiami kini untuk dijadikan penempatan semula Kampung Permatang Tok Suboh.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *