Mohamad Sabu turun Temurapat Presiden dan lancar Dana PRU14 AMANAH Batu

BATU: Kira-kira jam 9.30 pagi Ahad, 22 Januari 2017, Mohamad Sabu akan turun ke majlis Temurapat Presiden AMANAH dan pelancaran Dana PRU14 AMANAH Parlimen Batu di Wisma Harapan Baru, AMANAH Batu.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Batu, Ibrahim Awang, program sepagi ini akan mengumpulkan pimpinan dan jentera pilihan raya AMANAH Parlimen Batu bagi mendengar amanat Presiden dan mengadakan dialog terbuka isu-isu berkaitan Pakatan Harapan dan perkembangan AMANAH di seluruh negara.

Mohamad juga akan melancarkan Dana PRU14 AMANAH Parlimen Batu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, penyokong, ahli dan para pimpinan AMANAH semua peringkat dalam Parlimen Batu diwajibkan hadir dan ahli-ahli AMANAH dari kawasan-kawasan berdekatan sangat dialu-alukan menyertai program ini.

Ibrahim berkata, program temurapat ini bertujuan untuk memantapkan motivasi kerja berpasukan AMANAH disamping mengeratkan hubungan ukhwah ahli dan pimpinan semua peringkat dalam Parlimen Batu.

Sehingga Januari ini, sebanyak 13 cawangan AMANAH telah ditubuhkan dan bakal menyusul dua lagi cawangan dalam masa terdekat. Selain sayap Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) dan Pemuda, AMANAH kawasan juga akan melancarkan Wanita Muda AMANAH tidak lama lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *