Adun Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki meninggal dunia 9 pagi tadi

SHAH ALAM: Adun Sungai Air Tawar dalam Parlimen Sabak Bernam, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi tadi selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya dipetik Utusan Online.

Jenazah Allahyarham Kamarol Zaki akan dibawa Ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Dalam PRU13 yang lalu, Kamarol Zaki mewakili BN ditentang oleh calon Pas, Wahid Rais. Zaki mendapat 7,096 undi sementara Wahid memperolehi 5,680 undi. Majoriti undi hanya 1,416. Jumlah keluar mengundi seramai 12, 970 orang daripada jumlah pengundi 15,187 orang. Peratus mengundi 84.94 peratus dan undi rosak sebanyak 567.

Dalam PRU12 sebelum itu, kerusi Dun tersebut dimenangi oleh BN menerusi Datuk Raja Ideris Raja Ahmad dengan majoriti 123 undi.

Selain Dun Sungai Air Tawar terdapat satu lagi Dun dalam Parlimen Sabak Bernam ini iaitu Dun Sabak yang dimenangi oleh Pas, Ustaz Sallehen Muhyi dengan majoriti 399 menewaskan calon BN, Abdul Halim Udin.

Sementara Parlimen Sabak Bernam dimenangi Mohd Fasiah Mohd Fakeh daripada BN menewaskan calon PKR, Dr Abdul Aziz Bari dengan majoriti 1,644.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *