Annuar Musa akur tangguh sebarang bentuk tajaan daripada Mara, UniKL

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akur dengan keputusan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang meminta badan itu dan anak syarikatnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau juga bersedia memberi kerjasama penuh menyediakan laporan lengkap berhubung perkara tersebut untuk tindakan lanjut pihak kementerian, lapor Sinar Harian Online hari ini.

“Kita akur dengan keputusan yang dibuat dan itu adalah langkah yang baik, daripada buat keputusan terburu-buru. Dan saya akan bekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

“Selepas itu sebarang keputusan terserah kepada menteri untuk diputuskan kemudian,”katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan “Kembali Ke Sekolah” anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Ahli Parlimen Ketereh (Kahadam), di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan yang dibuat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta badan itu menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *