Banyak bukti skandal 1MDB ditemui, Salahuddin ingatkan Peguam Negara jangan tidur lena

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya jangan terlena daripada memerhati segala perkembangan mutakhir berkaitan skandal 1MDB yang menjadi malapetaka besar kepada kehidupan masa depan rakyat Malaysia.

Katanya, kini terdapat beberapa tindakan tegas dari beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland yang telah bertindak terhadap individu dan bank yang terlibat dengan skandal 1MDB.

Paling terbaru tegas beliau, ialah kerajaan Singapura yang telah mengheret Bank Privet Falcon ke muka pengadilan kerana terlibat dengan penyimpanan wang yang punya bukti jelas berkaitan dengan 1MDB.

Jens Fred Sturzenegger yang merupakan pengurus bank tersebut merupakan orang ke 5 yang didakwa di Singapura. Beliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000.

“Ironinya di Malaysia fail skandal 1MDB yang telah sempurna disiasat oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM terdampar lesu di meja peguam negara atas hujah tiada kes untuk didakwa,” ujar beliau dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily.

Salahuddin berkata, AMANAH memperingatkan supaya Peguam Negara jangan terus terlena daripada menjalankan tanggungjawab besar ini kepada rakyat dan negara.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *