Pimpinan AMANAH beri penghormatan terakhir buat Allahyarham Adenan Satem

KUCHING: Pimpinan AMANAH pagi ini hadir menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Negeri Kuching, diketuai Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub yang berlepas ke Kucing padi tadi.

Selain beliau ialah Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Timbalan Setiausaha Agung, Abang Kardee Masagus, Fizuan Zaidi dan Hud Andry.

Kehadiran mereka adalah untuk memberi penghormatan terakhir buat seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara.

“Dapat dirasakan suasana hiba di masjid ini. Rakyat Sarawak bersedih dengan pemergian Ketua Menteri mereka,” kata Salahuddin ketika dihubungi Amanahdaily.

Adenan,72, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung tengahari semalam.

Beliau yang merupakan Adun Tanjung Datu dilantik sebagai Ketua Menteri pada 28 Februari 2014 mengantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Abdul Taib meletakan jawatan Ketua Menteri pada 11 Februari tahun tersebut, selepas mengemudi Sarawak selama 33 tahun.

Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya yang bermula pada 1979 apabila bertanding bagi kerusi Dun Muara Tuang dan memenangi kerusi berkenaan.

Bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan. Dilaporkan beliau memenangi kesemua kerusi negeri dan Parlimen sehinggalah kemuncaknya beliau diangkat menjadi Ketua Menteri.

Adenan mendapat pendidikan sehingga ke menara gading, beliau menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.

Selum beliau menjadi Ketua Menteri, pernah bertugas sebagai guru, majistret, wartawan dan penasihat perundangan.

Redaksi Amanahdaily mezahirkan turut salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *