Pandangan Adenan tentang Sarawak, Sabah sering selari dengan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem, yang meninggal dunia tengahari semalam di Kuching, Sarawak.

Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ketua Pembangkang dan Presiden PKR); Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP) dan Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama tengahari semalam, sebagai seorang Ketua Menteri dan ahli politik, Allahyarham banyak menabur bakti kepada rakyat Sarawak sejak menjadi wakil rakyat pada 1979.

Kata kenyataan itu, Adenan disifatkan sebagai seorang tokoh federalisme yang mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963, serta berjuang untuk hak rakyat Sarawak termasuk otonomi fiskal melibatkan peningkatan royalti minyak 20 peratus.

“Malah kami berpendapat pandangan beliau mengenai Sarawak dan Sabah sering selari dengan Pakatan Harapan,” ujar mereka.

Mereka juga berkata, hari ini Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan peribadi.

“Semoga Allah SWT mengampun segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau di kalangan orang-orang beriman,” kata kenyataan itu lagi. Al-Fatihah.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *