Hubungan baik AMANAH dengan Pusat Zakat Sik banyak membantu asnaf – Sulaiman

SIK, KEDAH: Tindakan segera dan munasabah Pusat Pungutan Zakat Parlimen Sik telah banyak membantu asnaf yang memerlukan, tegas Ketua AMANAH Sik, Sulaiman Ibrahim.

Katanya, AMANAH kawasan ini memuji pengurusan Pusat Pungutan Zakat Sik yang bertindak cekap dan pantas dalam menguruskan hal ehwal rakyat miskin dan golongan yang kurang berkemampuan.

Sudah selama setahun AMANAH ditubuhkan ujarnya yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawak, pusat ini bekerjasama baik dengan AMANAH bagi memastikan semua pihak yang tidak berkemampuan dibantu.

Beliau membetulkan tanggapan, kemiskinan bukan berpunca daripada Pusat Pungutan Zakat tetapi natijah daripada kerajaan yang korup, tidak amanah, menyelewengan duit rakyat dan urus tadbir yang salah dan tidak cekap.

Sulaiman berkata, kerajaan yang memerintah harus bertindak memperbaiki tahap ekonomi masyarakat kampung, luar bandar dan menaikkan hasil pendapatan pertanian dan industri hiliran dengan pelbagai insentif dan kaedah yang tersusun.

“0.002 peratus punca kemiskinan berpunca dari faktor masyarakat itu sendiri. Mereka terlibat dalam gejala negatif seperti suami sebagai ketua keluarga terlibat dalam pengambilan dadah,” ujarnya kepada Amanahdaily.

Sehingga kini, katanya, Pusat Pungutan Zakat Parlimen Sik sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada AMANAH jika terdapat aduan yang dikemukakan melibatkan asnaf dan bantuan segera dihulurkan setelah menepati syarat-syarat permohonan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *