Dr Ismail lepaskan Konvoi Misi Bantuan Pasca Banjir AMANAH Kedah

JERAI: Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh melancar dan melepaskan Konvoi Misi Bantuan Pasca Banjir AMANAH Kedah ke Kelantan di Simpang Tiga Jerai Baling kira-kira jam 9 pagi semalam.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan AMANAH Negeri Kedah, Abd Razak Salleh turut membawa barangan keperluan makan minum yang di sumbangkan oleh seluruh 15 kawasan AMANAH seluruh Kedah.

Mereka juga membawa peralatan untuk mencuci rumah kediaman atau tempat awam yang ditenggelami banjir baru-baru ini dengan empat buah pacuan empat roda.

Turut serta ialah Naib Ketua Pemuda AMANAH, Rizal; Setiausaha Pemuda, Aziem; Naib Biro Pilihan Raya, Haji Hamid dan 10 orang sukarelawan AMANAH yang lain.

Kepada penyumbang yang masih ingin menyalurkan bantuan kewangan, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank atas nama Parti AMANAH Negeri Kedah. Sebarang pertanyaan dan maklumat sumbangan boleh terus berhubung dengan Abd Razak (013 5938171) atau Aziem (010 5418659).

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *