Pakatan Harapan mahu anjur himpunan kemarahan rakyat terhadap rasuah di Kuala Lumpur

SEBERANG JAYA: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa, masalah rasuah di negara ini dilihat akan terus berleluasa sekiranya seorang individu yang berkait dengan skandal RM 2.6 billion tidak ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diadili di mahkamah kedailan.

Katanya, Pakatan Harapan akan menganjurkan perhimpunan mega bagi menunjukkan kemarahan rakyat terhadap skandal rasuah yang semakin menjadi-jadi di negara ini seolah-olah sudah tidak dapat dibendung lagi.

Beliau berkata, perhimpunan itu akan diadakan sebelum PRU14 yang akan datang di seluruh negara dan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi premis utama untuk rakyat berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap masalah berkenaan.

Mohamad Sabu membangkitkan perkara ini dalam ceramahnya pada perhimpunan solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam tadi.

Menurut beliau, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menghubunginya sebelum ini bagi menyatakan hasrat sama mengadakan perhimpunan itu dan berharap seluruh lapisan masyarakat turut menyertainya apabila tarikh perhimpunan itu ditentukan kelak.

“Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.

“Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal,” katanya.

Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan Pakatan Harapan lain.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *