Banjir Pantai Timur: 5 sekolah ditutup di Kelantan dan 2 di Terengganu hari ini

KOTA BHARU: Lima sekolah di Tumpat dan Pasir Mas ditutup hari ini berikutan keadaan banjir belum pulih di jajahan berkenaan, demikian kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan yang memaklumkan tiga sekolah ditutup di Tumpat, manakala dua lagi di Pasir Mas.

Sekolah yang ditutup di Tumpat ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan dan SK Bendang Pa’ Yong, manakala di Pasir Mas ialah SABK Al Falah Siram dan SK Bakong.

Penutupan sekolah terbabit sama ada laluan ke sekolah masih ditenggelami air dan berbahaya kepada murid serta guru, sekolah masih dinaiki air atau dijadikan pusat pemindahan.

Di Terengganu, hanya dua sekolah rendah akan ditutup esok kerana dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir.

Pengarah JPN Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah itu ialah SK Bukit Guntong dan SK Kampung Gemuroh di Kuala Nerus.

“Penutupan dua sekolah itu melibatkan 765 murid, 66 guru dan 12 kakitangan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *