Dr Aziz Bari cadang angkat Datuk Bahri sebagai calon Pakatan Harapan PRU14

SELAYANG: Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin patut diangkat sebagai calon Pakatan Harapan dalam PRU14 akan datang.

Dr Aziz Bari daripada DAP berkata, namun, cadangan tersebut tertakluk kepada persetujuan Bahri sendiri setelah membuat keputusan untuk bersara awal kerana rasa tidak puas hati kes SRC International tidak didakwa.

“Jika beliau sanggup, parti-parti Pakatan Harapan harus mempertimbangkan untuk memberi kerusi kepadanya pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Ini akan menunjukkan betapa seriusnya Pakatan Harapan dalam memerangi rasuah,” ujar beliau dalam kenyataan.

Selasa lalu, Bahri dilapor memilih untuk bersara awal setelah berkhidmat dengan SPRM selama 30 tahun.

Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatannya kerana kecewa dengan keengganan jabatan peguam negara membuat pendakwaan berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat SPRM.

Terbaru, Bahri menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh unit media suruhanjaya itu.

Ia bercanggah dengan kenyataan media SPRM yang menyatakan suruhanjaya itu telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International.

Malah, kata Bahri, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *