Harga minyak sawit mentah turun hari ketiga berturut-turut di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penurunan pada hari ketiga berturut-turut dengan kegiatan pengambilan untung berterusan, semalam.

Peniaga Philips Futures Sdn Bhd David Ng berkata, sentimen hari ini dipengaruhi oleh pengukuhan ringgit yang membawa kepada kegiatan pengambilan untung, lapor Bernama.

“Kontrak niaga hadapan MSM lebih rendah berikutan ringgit yang kukuh mungkin mengawal permintaan dalam jangka pendek.

“Kebimbangan terhadap kelembapan eksport juga menjadikan sentimen positif,” katanya dan menambah paras sokongan teknikal beralih rendah kepada RM3,030 setan metrik.

“Halangan segera pada RM3,180 setan metrik,” katanya.

Semasa ditutup, kontrak semerta Januari 2017 kekal pada RM3,200 setan metrik, Februari 2017 susut RM10 kepada RM3,130 setan metrik, Mac 2017 berkurangan RM20 kepada RM3,075 setan metrik manakala April 2017 merosot RM22 kepada RM3,027 setan metrik.

Jumlah dagangan melonjak kepada 67,914 lot daripada 41,198 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 269,269 kontrak daripada 239,858 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Januari kekal pada RM3,270 setan metrik.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *