Empat sekolah di Terengganu ditutup esok ekoran banjir berterusan

KUALA TERENGGANU: Hanya empat sekolah rendah akan ditutup esok, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Katanya, dua sekolah berkenaan ialah di Kuala Nerus, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak dan SK Bukit Guntong kerana kedua-duanya menjadi pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir.

“Sebuah sekolah di Setiu, iaitu SK Sungai Las pula ditutup kerana masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat dan sebuah lagi di Kuala Terengganu, iaitu SK Banggol Peradong dekat Manir yang turut dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Penutupan empat sekolah itu melibatkan 1,970 murid, 180 guru dan 28 kakitangan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semua sekolah di daerah yang terjejas teruk akibat banjir minggu lalu, iaitu Hulu Terengganu dan Besut pula akan dibuka esok, selepas kerja pembersihan selesai petang ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *