AMANAH terbuka bersama sesiapa sahaja yang ingin bawa kebaikan kepada rakyat

KOTA BHARU: Sesiapa sahaja yang cuba membawa kebaikan dan keuntungan untuk rakyat, AMANAH pasti akan bersamanya dan membuka gelanggang amal untuknya, tanpa membicarakan mereka ahli atau bukan ahli parti.

AMANAH tegas Naib Presidennya, Ustaz Hassanuddin Mohd Yunus, akan sentiasa menghargai sekiranya ada sesiapa sahaja cuba membuang duri yang terdapat di jalanan demi untuk menyelamatkan orang ramai daripada terpijak duri berkenaan.

Katanya lagi, AMANAH tidak teragak-agak untuk bersama dengan sesiapa sahaja yang cuba mengikis dan membuang keperitan, kepayahan dan kesusahan yang menimpa atau yang melanda rakyat.

“Parti AMANAH akan sentiasa bersama dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk berjuang demi kepentingan rakyat,” ujarnya pada facebook beliau.

Ustaz Hassanuddin turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi AMANAH Kelantan, Dato’ Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan jawatankuasanya, yang mengatur tetamu kehormat AMANAH Kelantan, Anina Saadudin dan sukarelawan “InspirasikuMahathir” untuk menghadiri kuliah agama di Wisma Tok Guru, Dun Salor dan seterusnya mengikuti Misi Bantuan Banjir AMANAH di Tumpat.

Ainina adalah Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turun padang bersama-sama Skuad Peduli Banjir AMAMAH Kelantan.

Ustaz Hasanuddin berkata, ini bertepatan dengan apa yang diajar oleh Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu kepada beliau dan semua.

Tegasnya lagi, AMANAH akan sentiasa bersama dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk berjuang demi kepentingan rakyat.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *