AMANAH Kedah lancar Tabung Bantuan Mangsa Banjir dan gerakkan 15 AMANAH kawasan

ALOR SETAR: Rombongan fasa pertama misi bantuan AMANAH Kedah akan menyampaikan segala keperluan barangan makanan dan keperluan harian dalam masa yang terdekat dan ikuti seterusnya bantuan fasa kedua selepas itu, tegas Pengerusi AMANAH negeri, Datuk Dr Ismail Salleh.

Katanya, AMANAH Kedah terpanggil untuk sama-sama memberikan bantuan di dalam misi kemanusian berikutan bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur ketika ini, yang dikatakan smekain buruk.

Sehubungan itu, ujarnya, sepertimana arahan yang diberikan oleh AMANAH Nasional, AMANAH Kedah telah melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir di semua 15 AMANAH Kawasan seluruh Kedah.

Ahli AMANAH, penyokong dan orang ramai digalakkan sama-sama menyalurkan bantuan barangan dan kewangan kepada mangsa banjir di Kelantan melalui Akaun Maybank atas nama “Parti Amanah Negara Negeri Kedah” (552095220948). Sebarang pertanyaan dan makluman sumbangan tersebut boleh berhubung melalui Abdul Razak 0135939171 atau Aziem 0105418659.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *