Pemuda AMANAH Nasional lancar “Tabung Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur”

KUALA LUMPUR: Hasil pemantauan Pemuda AMANAH Nasional mendapati, kerajaan sama ada negeri mahupun pusat gagal untuk membuat persediaan awal menghadapi banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menurut Pengarah Bantuan Bencana Alam Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain, pihaknya berasa kesal dengan tindakan lambat daripada agensi kerajaan yang gagal menyediakan kemudahan sewajarnya kepada mangsa banjir sama ada operasi menyelamat mangsa mahupun penyediaan keperluan asas di tempat perlindungan mangsa banjir.

Tegasnya, agensi kerajaan pusat mahupun negeri masih belum mampu membuat persediaan yang sewajarnya walaupun mempunyai pengalaman melaluinya sepanjang tahun.

“Pihak kami mendapati, mangsa banjir gagal dilindungi dengan sewajarnya.

“Keperluan asas seperti tikar, alas tidur, selimut dan sebagai sepatutnya telah disediakan dan terus dihantar ke pusat pemindahan banjir secara tuntas. Aspek kemudahan mangsa banjir ini wajar diberikan perhatian serius selain bantuan makanan,” ujar beliau dalam kenyataannya kepada Amanahdaily.

Hasnul yang juga Bendahari Pemuda AMANAH Nasional turut merakamkan rasa simpati dengan mangsa banjir yang sekali lagi terpaksa menghadapi ujian tahunan ini dan atas rasa peduli, Pemuda AMANAH Nasional melancarkan “Tabung Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur” bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun: Tabung Kebajikan Pemuda AMANAH 5628 3464 1808 (Maybank).

Saban tahun rakyat Malaysia diduga dengan bencana banjir terutama negeri Terengganu dan Kelantan. Bencana alam ini seolah telah menjadi rutin tahunan tanpa mampu dibendung dan dicegah oleh pihak kerajaan.

Kini Kelantan sekali lagi terjejas banjir melibatkan beberapa buah kawasan termasuklah Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat dan Kuala Krai. Angka mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *