AMANAH sedia beri ruang kepada Datuk Bahri, hak pendakwaan wajar diberi kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas bekas Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain untuk bersara awal atas alasan ‘kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak dibawa ke mahkamah’ seperti dilaporkan membawa satu maksud yang besar, tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub.

Katanya, tindakan tersebut sekaligus membenarkan segala kebimbangan AMANAH selama ini, betapa perlunya hak pendakwaan diberikan kepada SPRM dan perjuangan ini perlu diteruskan atas nama negara.

“Secara peribadi, saya berpandangan peranan Datuk Bahri kepada negara tidak semestinya berhenti selepas beliau bersara dari SPRM,” tegas beliau dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily.

Salahuddin menegaskan, AMANAH bersedia memberi ruang kepada Datuk Bahri untuk terus berperanan memandangkan beliau dan parti ini mempunyai matlamat sama demi negara yang tercinta.

AMANAH juga katanya, merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Bahri di atas sifat dedikasi, wibawa dan komitmen yang telah ditunjukkan beliau sepanjang puluhan tahun berkhidmat untuk negara.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *