Amalan “distraction and denial” yang diputar Pas bukan budaya pakatan politik

SELAYANG: Amalan “distraction and denial” yang diputar oleh pimpinan Pas sekarang dalam menangani salah laku pengkhianatan terhadap kawan sendiri sewaktu kempen PRU13 lalu, merupakan insiden yang tidak dapat diterima oleh mana-mana budaya organisasi gabungan politik.

Menurut Setiausaha Biro Pilihan Raya (BPR) AMANAH Nasional, Nordin Majid, amalan ini hanya merupakan pelanggaran kawasan yang telah diputus hasil permesyuaratan bersama Pakatan Rakyat.

Ujarnya kepada Amanahdaily, insiden pertindihan calun sesama rakan Pakatan Rakyat ini, antaranya berlaku di Dun N.39 Kota Damansara antara calun Pas, Ridzuan Ismail yang menyebabkan calun BN menang mudah kepada penyandangnya Dr Mohd Nasir Hashim yang mewakili PKR.

Untuk rekod, katanya, pada PRU12 tahun 2008, Dr Mohd Nasir mengalahkan calun BN, Zein Isma Ismail dengan majoriti 1,075 undi, apabila Pas meletakkan juga calunnya dalam Dun tersebut maka keputusannya berubah (Pas) Riduan Ismail 7.313 undi, (BN) Halimaton Saadiah Borhan meraih 16,387 undi, sementara (PKR) Dr Mohd Nasir Hashim hanya mendapat 14,860 undi. Tiga calun BEBAS hilang wang pertaruhan.

Nordin berkata, begitu juga yang terjadi dalam Dun N. 25 Bukit Besi, Terengganu. Pas juga meletak calunnya bertanding walaupun keputusan Pakatan Rakyat mencalun PKR yang bertanding, namun, Pas tetap membenarkan tindakan mereka dengan tuduhan tak berasas calun PKR “menjual pil kuda” dalam ceramah Presidennya pada 22 April 2013 di Kg Tebakang, Alor Limbat, Marang.

“Kesan tuduhan daripada seorang yang dianggap ulama itu maka calun PKR serta keluarganya mendapat malu dan hanya meraih 52 undi sahaja,” tegas beliau.

Killer issue yang dilemparkan terhadap calun PKR di Kota Damansara pula menuduh Dr Mohd Nasir berjuang dan menyebarkan ideologi komunis dan dikaitkan menjulang gambar Steling yang digantung di bilik gerakan parti itu dan ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Haji Hadi dalam media,” jelasnya.

Nordin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Ulama PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamad yang menyifatkan tidak timbul isu Pas ‘mencuri’ kerusi Dun Kota Damansara pada PRU13 yang lalu,

Mahfodz berkata, meskipun dilontar pelbagai tuduhan, Pas mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di kerusi tersebut dan satu lagi kerusi di Pulau Pinang.

“Jadi perkara yang lama patut tak payah diungkit,” katanya beliau.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga Ketua AMANAH Selayang menyifatkan banyak tindakan yang mencerminkan Pas sebagai tongkat UmnoBN apabila dengan mudah Dr Mahfodz menerima jawatan Kluster Dakwah yang tajaan Umno menggantikan Dr Haron Din yang meninggal dunia.

Beliau kesal, AMANAH yang terang-terang berjuang melawan kezaliman UmnoBN dituduh sebagai tongkat Umno sedangkan Pas yang mesra Umno dipejamkan mata oleh pemimpin-pemimpinnya bagi memperdaya ahli bawahannya.

Beliau berharap, senario PRU11 Sarawak sewajarnya memberi pengajaran kepada pimpinan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menangani kemelut politik celaru yang kian mengelirukan rakyat negara ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *