Ekoran kenaikan harga minyak, tambang bas sekolah terpaksa dinaikkan

KUALA LUMPUR: Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.

“Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.

“Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui bersama,” katanya lapor AWANI7.45 malam semalam.

Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah. Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *