‘Kejutan’ tahun baharu, RON95 dan diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam tadi, 1 Januari, lapor Bernama.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Jan ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

“Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter,” katanya.

Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85).

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *