Pelakon Nasir Bilal Khan rai 80 pelajar Back To School Pemuda AMANAH

JERAI: Seramai 80 pelajar terpilih menerima baucer RM100 seorang untuk membeli pakaian sekolah dan diraikan oleh pelakon filem dan drama tersohor, Nasir Bilal Khan bersempena Program Back To School Pemuda AMANAH Kedah dengan kerjasama Pemuda AMANAH Jerai.

Selain Nasir, mereka juga diraikan oleh Pengerusi AMANAH negeri, Dato Ismail Salleh san Ketua Pemuda AMANAH negeri, Amirul Aris bersama pimpinan kawasan termasuk AJK AMANAH negeri, Ustaz Firdaus Jaafar yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai.

Pelajar-pelajar berkenaan dipilih daripada tiga Dun dalam Parlimen Jerai iaitu Dun Sg Limau, Dun Guar Chempedak dan Dun Gurun.

Sebanyak RM8,000 diperuntukan bagi menjayakan program yang julung-julung kali disertai pelakon popular Nasir Bilal Khan yang turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *