Dr Mujahid ingatkan Pas tak perlu campur urusan kerusi Amanah

PETALING JAYA: AMANAH menggesa PAS tidak masuk campur dalam urusan parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen milik PKR pada PRU14 tidak lama lagi.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mereka tidak berniat mencuri kerusi PKR sebaliknya ia hanya akan dilakukan dengan persetujuan kedua-dua pihak selepas perundingan.

“Semua isu kerusi akan dibawa dalam mesyuarat teknikal dan jika PAS ada dalam Pakatan Harapan (PH), lebih mudah untuk berunding.

“PAS bukannya ada di dalam PH dan sikap berkecualinya kami anggap hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN). Berkenaan PKR, kenapa PAS harus bimbang?” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Mujahid berkata demikian sebagai reaksi dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad jika AMANAH menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali “mencuri” kerusi PKR.

Kata Mujahid, PAS ketika ini perlu membuat keputusan tegas sama ada mahu bersama suara rakyat atau berterusan memberi kelebihan kepada Umno.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyatakan hasrat mahu bertanding di 40 kerusi parlimen pada PRU14.

Khalid berkata, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *