Kunjungan hormat AMANAH ke Ibu Pejabat SPRM diketuai Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengadakan lawatan kerja serta kunjungan hormat ke Ibu Pejabat SPRM yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Hj Salahuddin Ayub petang ini.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Agung AMANAH, Hj Anuar Tahir kepada Amanahdaily. Program hari ini, 28 Disember 2016 (Rabu) bermula jam 3 petang.

AMANAH juga katanya, akan menyerahkan satu memorandum berkaitan isu integriti dan urus tadbir negara serta isu 1MDB kepada pihak SPRM.

“Sidang media akan diadakan sejurus selesai pertemuan kira-kira jam 4 petang. Rakan-rakan media dijemput membuat liputan,” ujar beliau.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *