Serang Siti dengan kata lucah, AWAN Melaka desak Jamal mohon maaf kepada wanita

MELAKA: Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Melaka kesal dengan pernyataan biadap Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Dato Jamal Yunos yang menyerang Dato Siti Norhaliza dengan kata-kata berunsur lucah, seksis dan biadap.

Menurut Ketuanya, Mahani Othman Basir berkata, AWAN Melaka yakin ramai wanita turut rasa terhina apabila Jamal menyindir penyanyi nombor satu negara dengan kata-kata beliau  “tidak subur”.

Kenyataan itu jelas satu penghinaan kata beliau, kerana anugerah cahaya mata adalah kurniaan Allah bukannya kuasa manusia dan setiap wanita sudah tentu ada naluri keibuan yang mahukan cahaya mata.

“Bukan kuasa Jamal atau manusia lain.

“Jamal jelas biadap dan celupar apabila berkata ‘Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain’.  Jamal langsung tidak sensitif dengan kaum wanita dan ia menggambarkan kecelaruan jiwa dan pemikirannya,” tegas Mahani dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily.

Beliau turut mempersoalkan, apakah Jamal tidak sedar di sana beliau mempunyai ibu, isteri, adik beradik dan anak-anak serta saudara-mara yang juga wanita.

Ujarnya lagi, sanggup Jamal memburuk-burukkan wanita dan mempermainkan ketetapan Allah dalam urusan rezeki dan zuriat dan lebih hina lagi beliau mengeluarkan kata-kata lucah yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin masyarakat seperti beliau.

AWAN Melaka tegas Mahani, mendesak Jamal memohon maaf kepada seluruh wanita di Malaysia khususnya Dato Siti Norhaliza serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *