Seramai 40 fakir miskin terima bantuan beras daripada AMANAH Taiping

TAIPING: Seramai 40 fakir miskin menerima sumbangan daripada AMANAH Taiping termasuk seorang yang sakit terlantar Khamis lalu, dalam Program Ziarah Ukhwah di tiga kampung dalam Dun Kamunting.

Menurut Ketuanya, Mohd Saad Ismail, tiga kampung terbabit ialah Kg. Baru Kamunting, Kg. Expo Tambahan dan Pekan Kamunting.

Program berkala ini ujarnya, merupakan aktiviti kemasyarakatan membantu penduduk kurang bernasib baik dalam meringankan bebanan hidup mereka.

Langkah ini, katanya kepada Amanahdaily, sangat memerlukan sokongan kuat orang ramai dan penyokong AMANAH untuk menghulurkan bantuan kewangan dalam menjayakan aktiviti seumpama ini.

Mohd Saad berkata, sumbangan diberi tanpa mengira kaum dan agama serta mengenepikan anutan fahaman politik penerima.

Sumbangan kepada 40 fakir miskin yang terpilih ini telah disampaikan sendiri oleh Mohd Saad selaku Ketua AMANAH Taiping bersama Tinbalannya, Prof Dr Mohd Fadhil dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya kawasan, Rosli Che Dan.

Mereka yang ingin menyumbang boleh datang terus ke Pusat Kebajikan Peduli Rakyat (PKPR) AMANAH Taiping di tingkat bawah Flat Kurau, Kamunting atau hubungi terus Che Rosli pada talian 019 4564330.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *