AUKU mesti dimansuh, Anis Shafiqah mahu mahasiswa terus bersuara

PETALING JAYA: Aktivis himpunan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Mohd Yusof berkata golongan mahasiswa negara ini tidak boleh berdiam diri terhadap sebarang tindak-tanduk kerajaan atau pemimpin yang merugikan negara.

Roketkini melaporkan, sikap membisu golongan siswa dan terpelajar negara ini katanya, hanya akan memberi kesan ke atas generasi akan datang.

“Jika tak lawan, kita akan ditindas. Kita tak ada pilihan untuk diam.

“Kalau kita berdiam, kita tak boleh maafkan diri kita sebab generasi akan datang akan terkesan dengan apa yang kita lakukan,” katanya dalam forum AUKU 1971 anjuran Challenger di Malaysiakini.

Anis menegaskan, AUKU yang sering disalahguna untuk menekan mahasiswa itu perlu dimansuhkan dan digantikan dengan alternatif lain yang lebih baik.

Katanya, walaupun AUKU tidak dikenakan dalam kesnya, ia memberi kuasa kepada pihak universiti untuk menekan pelajar yang tidak selari dengan pendirian university khususnya membabitkan aktivisme mahasiswa.

“Saya mendesak supaya AUKU dimansuhkan kerana saya percaya ia perlu didatangkan dengan alternatif lain yang lebih baik dan bukan yang lebih buruk seperti ISA diganti Sosma,” tegasnya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *