AMANAH Batu Gajah beri sumbangan kepada fakir miskin Dun Sungai Rapat

BATU GAJAH: Peduli dengan kesempitan hidup masyarakat marhaen dengan kos harian meningkat dan jerutan cukai GST, AMANAH Batu Gajah dengan kerjasama Pusat Khidmat Peduli Rakyat (PKPR) Dun Sungai Rapat berikhtiar membantu mengurangkan bebanan mereka menghadapi musim persekolahan tidak lama lagi.

Pihak PKPR telah mengenalpasti individu yang memerlukan dari kalangan anak yatim dan fakir miskin di beberapa kampung termasuklah Kampung Ara Payong, Kampung Pisang, Kampung Seri Jaya dan Kampung Sri Indah untuk menerima bantuan.

Bantuan berupa wang tunai dan keperluan dapur (untuk keluarga) telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan pimpinan AMANAH kawasan dalam satu majlis yang diadakan di PKPR Batu Gajah pagi ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *