AMANAH kunjungi Kedutaan Turki berkongsi kebimbangan tekanan kuasa Barat

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengadakan kunjungan ke Kedutaan Turki, dekat sini, meluahkan kebimbangan berkenaan tekanan kuasa barat ekoran insiden tembak mati Duta Rusia ke Turki Isnin lalu.

AMANAH di wakili Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Mohd Anuar Tahir dan Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH Nasional, Dr Ahmad Termizi Ramli.

Kunjungan mereka disambut Duta Turki ke Malaysia, Basak Turkoglu.

Salahuddin berkata, beberapa isu yang berlaku di Turki terutama kejadian terkini menyaksikan pembunuhan ke atas Duta Rusia, Andrey Karlov, menyebabkan AMANAH sangat bimbang terhadap Turki yang akan menjadi percaturan kuasa besar barat.

“Beberapa isu yang berlaku di Turki mutakhir ini cukup membimbangkan, terutama bila kita menyaksikan pembunuhan ke atas Duta Rusia Isnin lalu.

“AMANAH merasakan cukup bimbang dengan isu terkini sekiranya berlaku campur tangan kuasa besar barat terhadap Turki,” ujar beliau.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *