Anak-anak muda terpengaruh, KDN & MCMC masih gagal banteras judi atas talian

Terdapat banyak aktiviti mempromosikan judi atas talian melalui aplikasi SMS, Facebook, Watsapp dan Wechat yang masih lagi gagal dibanteras, tegas Ahli Parlimen Batu Gajah, S Sivakumar.

Yang peliknya, soal beliau, bagaimanakah mereka ini memasuki hak privasi pemilik telefon dengan begitu mudah dan menawarkan pelbagai perjudian atas talian yang mengganggu privasi pengguna.

Beliau berkata, kegiatan judi atas talian ini adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang diletakkan di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan pihak polis bekerjasama dengan MCMC dalam membenteras perjudian atas talian.

“Tetapi, adakah undang-undang ini dapat mengawal kegiatan perjudian moden seperti ini?

“Persoalannya ialah adakah undang-undang ini lemah atau perlaksanaanya tidak betul? Pada hemat saya tidak ada ‘political will’ dalam menyelesaikan masalah ini. Kerajaan tidak serius dalam menangani perjudian atas talian,” ujar beliau yang juga bekas Speaker Dun Perak.

Sivakumar dalam satu kenyataannya bertanya, walaupun banyak aduan telah dibuat kepada MCMC tetapi apakah hasilnya? Dari tahun 2015 sehingga September 2016 sebanyak 1161 aduan telah dibuat oleh orang awan kepada MCMC.

“Adakah semua aduan-aduan ini telah disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya?”

Mengikut sumber tertentu pihak MCMC telah mengarahkan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menamatkan perkhidmatan sejumlah 12,499 nombor-nombor telefon yang menyebarkan perjudian atas talian sehingga Septemper.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak berkata, walaupun tindakan menamatkan perkhidmatan sudah diambil tetapi ramai juga yang masih bebas mempromosi dan berani terlibat dengan perjudian atas talian di luar sana.

Katanya, pihak Polis dan MCMC harus membuat  kempen kesedaran secara agresif untuk memastikan orang ramai tidak terjerumus ke dalam aktiviti perjudian atas talian ini.

Selain  itu, Sivakumar berkata, orang ramai juga perlu mengetahui bagaimana caranya untuk  membuat aduan kepada MCMC jika mereka menerima tawaran perjudian atas talian daripada pihak-pihak tertentu.

Sehingga kini, perjudian atas talian (online) masih menjadi satu masalah besar dan ramai di antara anak-anak muda di negara ini amat terpengaruh dengan kegiatan judi atas talian ini.

Perjudian atas talian begitu berleluasa seolah-olah tiada kawalan dan pemantauan oleh pihak berkuasa.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *