Mat Sabu ingatkan usah dahului mahkamah, Dr Faiz belum bersalah

KUALA LUMPUR: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan perinsip keadilan Islam telah meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah dan perkara ini terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam.

Mengulas isu kontroversi yang menimpa Dr Mohd Faiz Mohd Yusop sehari dua ini, beliau berkata, melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap Dr Faiz di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili lagi.

Pada masa yang sama pula, katanya, Dr Faiz sudah menyatakan permohonan maaf diatas keterlanjuran tulisannya dalam Facebook milik beliau itu.

“Bagi AMANAH, jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-Undang AMANAH (KANUN) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau,” tegas beliau dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media.

Mohamad berharap, agar keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan untuk Dr Faiz.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *