Jangan zalimi Dr Faiz, beliau tak mampu sediakan Deklarasi Rakyat seperti Mahathir

KUALA LUMPUR: AMANAH berbangga punyai anak muda seperti Dr Mohd Faiz Mohd Yusop yang segera memohon atas keterlanjurannya tetapi tidak perlulah pihak polis menahan reman beliau selama tiga hari.

Tegas Ahli Majlis Pimpinan Nasional, Adly Zahari kepada Amanahdaily, Dr Faiz mahukan kebaikan untuk negara tetapi beliau bukanlah seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang mampu melahirkan Deklarasi Rakyat bagi dipersembahkan kebawah duli Tuanku Yang DiPertuan Agong.

Anak muda ini katanya, hanya mampu berteriak didalam Facebook untuk menyatakan hasrat murninya itu.

“Teringat saya kisah teriakan seorang wanita dizaman pemerintahan Al Mu’tasim Billah. Wanita itu berteriak kerana maruahnya diganggu, Mohd Faiz berteriak kerana merasakan negaranya dirompak,” ujar Adly yang juga Pengerusi Amanah Melaka.

Beliau berkata, kebijakan dan hikmah pasti berbeza berdasarkan pengalaman dan kerana itu Dr Faiz yang sedar keterlanjuran bahasanya dengan segera meminta maaf dan menerangkan niat sebenar beliau.

“Itulah anak muda sebenar. Bukan salah dan cuba menutup kesalahan. Disalahkan Facebook, disalahkan admin, disalahkan jari jemari dan disalahkan takdir serta Tuhan. Dr Faiz akui keterlanjuran,” ulas beliau lagi.

Menurut Adly, reman tiga hari itu adalah satu kezaliman kepada Dr Faiz kerana tiada keperluan beliau direman selama tempoh itu, apatah lagi beliau sudah mengakui keterlanjurannya.

Katanya, sekiranya Dr Faiz bersalah nyatakan kesalahan itu di mahkamah tetapi jangan zalimi anak muda ini sebaliknya bertindaklah mengikut undang-undang yang sedia ada.

“Kalau saya sakit, saya akan pergi berjumpa dengan doktor bernama Dr. Mohd Faiz. Dia mungkin silap memberi ubat tetapi dia akan segera meminta maaf dan memberi ubat sebenar sebelum saya memakannya.

“Suka saya ulangi, bertindaklah tapi jangan zalimi Dr Mohd Faiz,” tegas Adly lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *