Tuduhan Setiausaha Pas Kelantan jelas prejudis dan malafide – Athirah

Tuduhan ini liar, dan dibuat jelas atas dasar emosi yang bertitik tolak dpd sentimen kebencian yang meluap-luap kpd Amanah dan juga DAP. Sangat jelas prejudis dan malafide. Berbau propaganda.

Kebencian kpd DAP mungkin kerana berjayanya modus operandi musuh iaitu umno bn melalui pelbagai proksi dan agensi yg tidak pernah berhenti memainkan peranan menanamkan rasa takut di kalangan orang Melayu dan Islam bahawa DAP adalah komunis, rasis anti Islam dan seumpamanya.

Sedangkan kebencian kepada Amanah pula adalah kerana hakikatnya Amanah berjaya tampil sebagai sebuah Parti Islam Generasi Kedua yg bersifat progresif, kontemporari dan inklusif.

Lalu, tentulah Amanah mjd cabaran & pencabar besar buat Pas yg sebelum ini tampil ekslusif sbg satu-satunya parti bernuansa Islam di Malaysia. Amanah dilihat merampas kedudukan ekslusif Pas itu!

“Delusion Statement” ini boleh jadi kerana sudah terlalu lama memerintah dan kerana tidak upaya membawa idea-idea pembangunan baru serta tidak berjaya meyakinkan local voters Kelantan ttg keupayaan mereka utk trs mentadbir lebih-lebih lagi slps ketiadaan almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, maka seolahnya mereka sdg bhadapan dgn situasi yg sukar utk kekal berkuasa.

Justeru, mencari kambing hitam yg senang utk dilambakkan segala kekurangan dan kelemahan yg membawa kpd hilangnya kerajaan, maka itulah Amanah siap2 dipersalahkan.

Adakah mereka fikir maka dgn itu mereka mudah lepas tangan dpd memikul tanggungjawab hilang kerajaan? Kita bahkan sudah ulangkali mengingatkan potensi ini seusai post moterm PRU13 Pas yg lepas. Sama spt kita mengingatkan Terengganu dan Kedah sebelumnya.

Perlu diingat kewujudan Amanah dan khususnya bilamana Amanah siap mengambil posisi dan peranan di Kelantan, itu adalah kerana kita jelas bahawa Pas semata-mata tidak mungkin akan upaya mempertahankan negeri dpd jatuh ke tangan UmnoBN.

Oleh sebab itu sejak awal, Amanah menawarkan kerjasama kpd Pas utk sama-samabekerja bg memastikan umno bn gagal dlm perancangan mereka yg paling teratur.

Malangnya Pas gagal memahami relevansi ini. Iya barangkali kerana terlalu sombong, ego yg tidak berkesudahan dan sentimen kebencian yg seolahnya sukar padam sama ada semasa bersama sbg sahabat sejamaah apatah lagi bila sudah nyata terasing di antara dua wadah berbeza.

“Kematangan dan Sejahtera” itu hanya menjadi mainan kata kpd mereka. Malahan lebih tepat ia sebenarnya adalah propaganda bagi menutup kelemahan mereka yg ketara dpd soal rasional dan memaki hamun serta mendoa laknat siapa sahaja yg mereka tidak suka atau tidak seiringan dgn mereka.

Tuduhan Pas bahawa kononnya Amanah menjadi tongkat kpd umno adalah ibarat tindakan meludah ke atas langit jatuh ke muka sendiri. Pukul air di dulang, percik ke muka sendiri. Umum tahu dan jelas siapa yg sedang memainkan peranan tongkat dan talian hayat kepada regim Umno.

Manakala tuduhan bahawa kononnya Amanah adalah alat/tongkat/ khadam kpd Dap pula adalah satu petanda jelas bahawa si penuduh sudah saling tidak tumpah bersikap dan berperanan yg sama spt Umno BN yg seringkali memainkan propaganda murahan, divide & rule.

Jelasnya, kita Amanah adalah sebuah parti Islam yang lebih bermatlamatkan mengambil pemerintahan SeMalaysia, dan bukan hanya bertahan di sebuah negeri atau sesuai utk Pantai Timur semata-mata.

Bila kita kata kita mahu menyelamatkan Malaysia, kita bergerak kolektif dan konstruktif ke arah itu. Kita yakin rakyat melihat kesungguhan dan komitment ini. In shaa Allah.

■ Komentar bebas Timbalan Ketua Awan Nasional, Aiman Athirah Al Jundi | 17 Disember 2016.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *