Pas makin tertekan di Selangor cuba tubuh blok baru tanpa Amanah, DAP

Amanah Selangor menyifatkan tindakan Pas cuba menubuhkan blok lain di negeri ini tanpa Amanah dan DAP menunjukkan parti itu begitu tertekan dengan tindak tanduk pimpinannya diperingkat pusat yang mengambil sikap memusuhi Amanah dan DAP.

Tegas Pengerusi Amanah negeri, Ir Izham Hashim, para pimpinan Pas Selangor sedar tanpa kerjasama Amanah dan DAP, memang sukar untuk meyakinkan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bersama parti berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman mendakwa parti itu sedang mendekati PKR dan PPBM untuk membentuk blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.

Katanya, langkah itu sekurang-kurangnya dilakukan hanya untuk di Selangor sebab itu parti berkenaan tidak menjemput Amanah dan DAP ke majlis Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras, Sg Buloh baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Idzam berkata, kenyataan Khairuddin itu dibuat sehari sebelum perjanjian kerjasama antara Pakatan Harakat dan PPBM.

“Jadi perjanjian itu sendiri menafikan kenyataan Setiausaha Pas Selangor. PPBM sudah jalinkan kerjasama rasmi dengan Pakatan Harapan,” ujar beliau kepada Amanahdaily.

Pada 13 Disember lalu, PPBM yang diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani kerjasama rasmi bersama Pakatan Harapan yang ditunjangi Amanah, PKR dan DAP.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *