Puisi Yassin Saleh: Gurauan nasib Banjaran Titiwangsa

Titiwangsa tulang belakang Tanah Semenanjung
di kakinya berduyun kereta mendaki ke puncak gunung
kalau menang boleh sewa amoi benua menari telanjang
bila kalah yang dah tentu
turunlah gunung
di belakang rumah
gali lubang pangkal pokok pisang yang tertulis

Di Sini Tidak Ada Ditanam Duit Ehem Ehem
DAN naiklah semula ke puncak kasino
Alahai cicit Amak Si Randang
pemanjat gunung puncak Titiwangsa
demikian bergurau nasib untuk dapat membeli viagra

Yassin Salleh
15.12.2016
La Casa Pacifica D Yasleh
Hakcipta © 2016 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *