AMANAH serah memorandum desak Syria hentikan krisis kemanusiaan di Aleppo segera

Barisan kepimpinan utama Parti Amanah Nasional (Amanah) menghantar memorandum kepada Kedutaan Syria di Kuala Lumpur hari ini untuk menegaskan pendirian parti itu terhadap krisis kemanusiaan yang menghimpit rakyat Syria di Aleppo.

Amanah diwakili Pengerusi Biro Antarabangsa Nasional Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah; Ketua Biro Antarabangsa Awan Hidayah Ramli; Ketua Awan Nasional Dr Siti Mariah Mahmud dan; Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan, lapor Malaysia Dateline.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional, YM Raja Bahrin Shah
Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional, YM Raja Bahrin Shah

Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata, Amanah peringkat nasional mahu krisis kemanusiaan ini dihentikan segera di Aleppo.

Katanya, walaupun kebanyakan kemelut kemanusiaan sudah selesai tetapi masyarakat dunia masih lagi terlepas pandang terhadap isu yang berlaku di Aleppo, Syria.

“Kita menyampaikan memo bantahan kepada kedutaan Syria walaupun kebanyakan kemelut sudah selesai kita masih menyampaikan mesej trajedi begini tidak patut berlaku.

“Dalam proses pergerakan keluar mereka ke Kota Alayppo kita masih belum tentu dapat menjamin keselamatan mereka.

“Kita merayu sekali lagi kita beri mereka laluan yang selamat dan satu penyelesaian dilakukan oleh Syria untuk menghakhiri peperangan yang sudah berlanjutan hampir lima tahun ini,” ujarnya.

fb_img_1481876062232

Bagi beliau pula mahu komuniti antarabangsa tidak mengambil sikap tunggu dan lihat dengan keadaan yang berlaku di Aleppo.

“Komuniti antarabangsa tidak seharusnya mengambil sikap menunggu ‘keadaan tenat’ seperti di Aleepo sebelum mereka bersuara.

“Perkara ini kerap berlaku dulu, seperti apa yang dikatakan dulu diberi satu jaminan seperti berlaku di Bosnia 12 tahun dulu tetapi Aleppo lebih besar. Ini menunjukkan tidak ada kesungguhan untuk menghalang peristiwa berdarah yang amat dahsyat berulang lagi.

“Inilah kali terakhir masyarakat antarabangsa membenarkan perkara ini berlaku… dengan tujuan itu kami ingin menyampaikan memo kepada kedutaan Syria,” ujarnya.

Manakala Dr Siti Mariah berpandangan apa yang berlaku di Aleppo adalah trajedi kemanusiaan yang tidak sepatutnya berlaku dalam dunia bertamadun.

“Paling menyedihkan peperangan berlaku antara dua buah negara bukan untuk kemerdekaan atau melawan kezaliman, tetapi keganasan di lakukan terhadap rakyat sendiri.

“Maknanya bagi saya tiada maaf. Hanya perkara ini boleh berlaku dan sangat sedih kerana dalam masa sama negara Islam membisu tidak bersama wanita, orang tua, anak kecil yang dilaporkan dibunuh setiap hari.

“Apabila dunia Islam membisu menjadi kesedihan kita sebenarnya,” ujarnya dalam nada yang agak sebak.

Perasaan sebak itu juga turut dikongsi Ketua Biro Antarabangsa Awan, Hidayah Ramli yang hanya berkata: “Saya ingin sampaikan mesej kepaada piha kerajaan Syria suasana yang ada meredakan keadaan dengan membenarkan pasukan yang boleh memberikan bantuan untuk masuk ke dalam dan menyampaikan bantuaan mangsa di sana seperti bantuan makanan dan perubatan.

“Kita tahu hospital telah di bom,rumah musnah, jadi tiada perlindungan sempurna.

“Kita mengharapkan diberi laluan kepada bantuan dari luar untuk masuk sekurang-kurangnya meringankan penderitaan di Alleppo.”

Memorandum dua mukasurat yang ditandatangani Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu hanya peti surat diterima wakil kedutaan di pintu utama kedutaan Syria di Jalan U-Thant Kuala Lumpur.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *