Pemuda AMANAH Kelantan sampaikan bantuan kepada Orang Asli Kg Pasik

Pemuda Amanah Kelantan menyampaikan bantuan awal persiapan banjir kepada masyarakat Orang Asli bertempat di Kampung Pasik, Gua Musang, semalam 14 Disember.

Untuk rekod, Kampung Pasik merupakan antara tempat yang sentiasa terjejas dilanda banjir. Ini berikutan lokasi kampung yang terletak bersebelahan dengan sungai yang mudah dinaiki air apabila hujan lebat, kata Ketuanya Hazmi Hassan.

Pada Januari 2017 ini, beliau berkata, Pemuda Amanah negeri akan mengadakan Hari Keluarga Bersama Orang Asli. Program ini akan dianjurkan dengan kerjasama gerakan mahasiswa dan pihak NGO.

“Sebarang bantuan untuk diserahkan kepada Orang Asli sempena Hari Keluarga nanti, bolehlah diamanahkan kepada Pemuda Amanah Kelantan untuk disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” ujar beliau lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *