Jangan toleh ke belakang, Gopalan Papachan dakwa AMANAH bukan Pas 2.0

Pemimpin dan ahli Amanah diminta untuk terus pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang untuk memastikan parti itu berada dipersada politik semasa kata Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Gopalan Papachan.

Beliau berkata, dalam usia setahun Amanah parti itu telah menunjukkan ciri-ciri sebuah parti Islamik.

“Amanah sejak setahun dilihat ada ciri parti Islamik apabila mengetengahkan ‘rahmatan lil alamin’ yang saya pasti dalam setahun dua lagi bahasa Arab saya akan lebih bagus (memahami maksud).

“Hari ini kita mesti pandangan ke hadapan dan dalam perbahasan dua hari ini kandungan yang berapi tetapi masih ada neratif parti lama.

“Kita tidak boleh ke depan jika selalu pandang belakang. Kita bukan Pas 2.0 tetapi kita adalah Amanah.

“Saya tahu ada banyak kawan dan saudara saudari delegasi berapa dekat dalam parti lama, tidak mudah cuci DNA kita ini,” ujarnya ketika berucap pada penangguhan Konvesyen Amanah Nasional petang 11 Disember lalu.

Beliau juga menyentuh persoalan rasis yang dimainkan oleh Umno-BN untuk memecahkan kesepakatan gabungan parti Pakatan Harapan.

“Negara kita bukan satu negara. Sebaliknya kita ada negara Melayu, negara Cina, negara India, negara Malaysia, negara Kadazan Dusun, negara Iban, negara Melanau.

“Ini akibatnya polisi perkauman Umno-BN.

“Sekarang ini pula isu perkauman dikaitkan dengan ekstrimis agama.

“Kita jangan isikan pengetahuan dengan retorik UmnoBN dan media mereka,” ujarnya yang mahu sentiasa diadakan dailog untuk menjawab segala retorik parti lawan.

Gobalan turut menyentuh mengenai Pidato Presiden yang seharusnya diluaskan ke kawasan luar bandar untuk memaklumkan mengenai polisi Amanah terhadap beberapa isu berkaitan yang dibahaskan oleh Presiden, Mohamad Sabu dalam konvensyen ini.

“Kita bila balik ke cawangan kita boleh gunakan Pidato Presiden untuk menaikkan pengetahuan neratif mereka mengenai Amanah dari segi polisinya dikalangan rakyat luar bandar,” ujarnya.

Akhir ucapannya Gobalan berkata, “Go Forward Amanah” dan mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati parti yang hadir.

Selain Gobalan turut hadir Hu Pang Chaw yang mewakili ahli bukan Melayu dan bukan Islam dalam jawatankuasa pimpinan Amanah Nasional.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *