HARAPAN dan PPBM sepakat setuju guna satu logo PRU14

Mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju untuk menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum akan datang. Ke empat-empat parti juga bersetuju untuk menggunakan menifesto bersama dalam pilihan raya umum ke 14 nanti, lapor Malaysia Dateline.

HARAPAN dan PPBM masing-masing menandatangani enam lagi dokumen bersama sebagai kata sepakat ke empat-empat parti itu.

Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara HARAPAN dan PPBM hari ini, 13 Disember.

Melalui mesyuarat rasmi hari ini, HARAPAN iaitu PKR, DAP dan Amanah akan bekerjasama dengan PPBM.

Melalui perjanjian bersama hari ini, ke empat-empat parti setuju untuk menghormati, didokong dan dilaksanakan segala janji bersama oleh parti-parti “selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat ke empat-empat parti.”

Perjanjian ini ditandatangani oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP, Mohamad Sabu mewakili Amanah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail menjelaskan, PPBM memerlukan lebih banyak masa sebelum memutuskan untuk menyertai PH sebagaimana yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Dalam mesyuarat ini PPBM lebih selesa bekerjasama dahulu dan meminta lebih banyak masa sebelum menyertai Pakatan untuk membolehkannya terus berbincang dengan Pas,” beritahunya kepada Malaysia Dateline.

Namun, katanya, PPBM bersetuju untuk diberikan had masa untuk menjalankan rundingan dengan Pas itu.

“Kami juga bersetuju agar masing-masing pihak diberikan makluman apa-apa perkembangan dari masa ke semasa,” katanya.

Tun Dr Mahathir sudah dua kali mengumumkan PPBM akan menyertai PH iaitu semasa konvensyen Pakatan Harapan dan semasa Kongres DAP baru-baru ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *