Gara-gara baca puisi dalam Bersih 5.0, Pak Samad disoalsiasat polis

Hanya kerana baca puisi pada Himpunan Aman BERSIH, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dipanggil polis untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Sentul hari ini, 13 Disember.

Roketkini melaporkan, Sasterawan Negara berusia 81 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

nurul_izzah-rafizi-_johari_-pak_samad-650x340

Ketika ditemui pemberita, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata, rasa amat dihargai kerana puisi yang dibacakannya pada himpunan Bersih sebelum ini dianggap ‘senjata’ oleh kerajaan.

“Saya rasa amat dihargai kerana puisi sudah menjadi senjata, dan apa saya lakukan dalam BERSIH 2, 3, 4 dan 5 hanya membaca puisi, yang perjuangkan hak asasi.

“Saya memang berasa bangga kerana dapat meningkatkan nilai sastera ke tingkat yang lebih tinggi,” ujarnya di luar ibu pejabat polis pagi tadi.

Ini bukanlah kali pertama Pak Samad disiasat ekoran penglibatannya membaca puisi di dalam BERSIH. Ahli DAP itu pernah disiasat polis berhubung beberapa himpunan BERSIH sebelum ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *