AMANAH tanding semua kerusi Pas dalam PRU14 tegas Dr Hatta Ramli

Parti Amanah Negara (Amanah) akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas sebelum ini pada PRU14 akan datang, tegas Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beliau berkata, Amanah tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

“Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka,” katanya ketika meyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional semalam

Dalam ucapannya, Dr Hatta yang juga Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan turut mempersoalkan di mana pula kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Amanah meletakkan calonnya pada kerusi yang dipertandingkan Pas.

“Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh,” katanya.

Malaysia Dateline melaporkan, Dr Hatta dan Amanah tiada halangan, boleh berkongsi kerusi.

“Ada 222 kerusi,” kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *