Mahfuz dakwa ringgit sakit tenat, Bank Negara hanya beri ‘Penadol’

Penyakit kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sudah berlarutan sekian lama sejak PM Najib mengambil alih jawatan PM.Sewaktu Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah pada tahun 2009, tukaran ringgit ialah RM3.50 bersamaan USD1.

Tetapi kini tahun 2016 selepas 7 tahun Najib (MO1) menjadi PM nilai Ringgit menyusut pada kedudukan RM 4.44 bersamaan USD1. Malah pada satu ketika seminggu yang lalu RM4.55 bersamaan USD1.Ini bermakna selepas 7 tahun Najib (MO1) menjadi PM ringgit menyusut sebanyak RM1.

“Hari ini rakyat ditambah dengan satu lagi krisis dimana Malaysia sedang berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan PM Najib (MO1).

“Krisis keyakinan terhadap kerajaan hari ini berpunca dari Najib dan kuncu-kuncu kleptokrat yang dilihat dan dibaca sedang dan telah memporak perandakan ekonomi negara,maka inilah persepsi orang ramai pada ketika ini”.

Ringgit terus sakit walaupun Najib melawat negara China dan bawa pulang pelaburan dari negara China ke Malaysia sebanyak RM144 bilion. Najib dan Menteri-menteri UmnoBn yang ‘cerdik pandai’ sering mendakwa serta mendabik dada mengatakan lawatan ke China adalah lawatan paling berjaya.

“Tapi yang menghairankan Ringgit terus jatuh menjunam selepas mereka pulang dari lawatan ke China. Ibarat balik dari China ,1Malaysia telah ‘terlondeh seluar’ bukan hanya setakat Najib seorang”.

Pengumuman Najib (MO1) mengenai pelaburan Iskandar Malaysia berjumlah RN221 bilion serta angka nilai ekonomi Malaysia berada pada nilai RM1.3 trilion tidak sedikit pun membantu untuk pengukuhan nilai Ringgit. Malah Ringgit tidak diterima sebagai tukaran dikebanyakan negara.

“Persoalannya, apakah ‘penyakit’ ringgit yang menyebabkan ringgit begitu tenat? Apakah ringgit kekurangan ‘zat’?”.

Kes 1MDB yang melibatkan Najib menjadi contoh teladan..’VAKSIN’ TERBAIK UNTUK RINGGIT IALAH DAKWA NAJIB DAN 1MDB!

Bank Negara sepatutnya faham apa penyakit sebenar yang dihadapi oleh Ringgit.Langkah yang diumumkan oleh Bank Negara sebelum ini tidak menjamin pengukuhan Ringgit dalam jangka panjang. Ibarat orang yang sakit kepala yang kritikal hanya diberi panadol untuk menghilangkan sakit kepala untuk tempoh sementara.Selepas itu kepala kembali sakit.

“Bank Negara perlu sedar wabak ‘virus’ yang menyerang Ringgit ialah salahguna kuasa Najib dan 1MDB.

Ini yang menyebabkan permintaan pada Ringgit lemah kerana dunia dan pasaran antarabangsa hilang kepercayaan kepada urus tadbir kerajaan Malaysia yang dikendali oleh pemimpin klaptokrat (pencuritokrat)”.

Sepatutnya Bank Negara, SPRM perlu tampil berterus terang dengan rakyat untuk menyelamatkan negara dan ‘vaksin’ yang terbaik untuk memulihkan Ringgit ialah mengambil tindakan undang-undang kepada 1MDB dan Najib Klaptokrat.

“Sesuatu yang sangat memalukan dan menambahkan lagi krisis pada Ringgit ialah apabila pihak berkuasa negara luar mengambil tindakan terhadap induvidu-induvidu yang berkait dengan 1MDB sedangkan pihak berkuasa Malaysia seolah merelakan individu tersebut bebas bermaharajalela”.

Seperti satu peribahasa melayu yang menyebut… “Sungguh kawat yang dibentuk,ikan ditebat yang diadang” yang bermaksud tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri sendiri.

DATO’ HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.30am Taman Al Walid Alor Setar
10 Dis 2016/10 Rabiulawal 1438H

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *