Tun Mahathir, Lim Kit Siang jadi tumpuan Konvensyen Nasional Pertama AMANAH

Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pempimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri Amanah.

konvensyen_amanah_1

Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah; Dr Nasir Hashim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM); aktivis sosial Hishamuddin Rais; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas Menteri JPM, Datuk Zaid Ibrahim.

Konvensyen dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu rasmi Amanah dan diakhiri dengan alunan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Qayim Nizar pada jam 9.30 pagi ini yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam bermula hari ini dan esok.

Presiden Amanah, Mohd Sabu akan menyampaikan merasmikan Konvensyen Amanah pagi ini.

Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Tahir menyampaikan ucapan aluannya pada jam 9.50 pagi ini.

fb_img_1481339855110

Beliau mengucapkan terima kasih dengan kehadiran Tun Dr Mahathir katanya, jika tempat lain tidak diberikan kerusi tetapi di konvenyen Amanah tiada kesipuan untuk Tun kita sediakan kerusi di sini untuk beliau dan isteri dikasihi, katanya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan perwakilan.

Beliau turut memberitahu Presiden Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir dalam konvensyen hari ini kerana mengiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat keizinan Jabatan Penjara untuk membenarkan menziarahi adiknya Rosli Ibrahim yang kini sedang sakit di Hospital Selayang pagi ini.

img-20161210-wa0396

Justetu PKR hari ini diwakili Naib Presiden PKR yang juga Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar. Laungan Reformasi berkumandang beberapa kali.

Anuar memberitahu kini Amanah mempunyai 154 kawasan dan 400 cawangan di seluruh negara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penggerak kerjasama Amanah dan penyokong parti-parti dalam pakatan pembangkang terhadap penubuhan Amanah sejak lebih setahun lalu. –Malaysia Dateline | 10 Disember 2016

img-20161210-wa0389

fb_img_1481339885474

fb_img_1481339869502

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *