AMANAH lahir daripada jihad perjuangan untuk membawa harapan baru

Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapan aluannya berkata, ada pihak yang terlalu sukar menyebut Parti Amanah Negara dengan nama Amanah sebaliknya menyebut “PAN”.

Katanya, PAN dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘kuali’ dan “PAN” dalam Arabnya bermakna “hancur musnah’.

Sejak penubuhan Amanah tegasnya, membuktikan jati diri ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan teruskan usaha menegakkan keadilan untuk negara tentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat inginkan negara nikmati rahmah Allah.

Sebagai sebuah negara merdeka, Ustaz Ahmad Awang berkata, Amanah lahir daripada jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Rakyat dan bertukar kepada Pakatan Harapan.

Beliau bersyukur menyaksikan seluruh pimpinan semua peringkat hadapi ujian, fitnah, tohmahan, tuduhan buruk ke atas pimpinan parti Amanah.

Kata beliau lagi, ada yang kata Amanah parti pengkhianat yang halal darahnya, untuk menjatuhkan hukuman pimpinan Amanah dengan fatwa mereka yang kemudian menjadi pegangan dikalangan pengikut mereka yang taksub.

Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa syukur Amanah didokong semua warga negara mereka bukan Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan agama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat.

Beliau yakin dengan kehadiran Dr Mahathir dan Pakatan Harapan benar-benar mampu mencapai harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan hak sebenarnya sebagai sebuah negara merdeka yang mana rakyat tertekan dengan tekanan ekonomi dan politik apabila sistem demokrasi digunakan untuk menjalankan pemerintahan ‘kuku besi’ kerana ada sebahagian rakyat berasa senang dengan sedikit ‘dedak’ yang diberikan yang tidak memberikan kesan apapun melainkan tipu daya.

Justeru katanya lagi, dengan adanya bekas Perdana Menteri 22 tahun tiada siapa pertikai Umno-BN mesti ditentang dan ditumbangkan.

“Parti pembangkang mesti bersatu dalam hanya satu pakatan. Kita tidak mahu ada dua tiga atau empat pakatan.

“Oleh itu konvensyen kali ini beliau percaya akan diikuti mesyuarat Pakatan Harapan akan memastikan parti pembangkang boleh bersatu.

“Apabila Bersatu bersatu dalam Pakatan Harapan maka ia akan benar-benar dapat menyatukan rakyat untuk hadapi Umno-BN dalam PRU14 tidak lama lagi,” ujarnya. – Malaysia Dateline | 10 Disember 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *