Tun Mahathir anggap Istana Negara sudah jadi milik Najib dan BN

Secara sinis, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember ini sebagai acara politik.

fb_img_1481152907320
Mahathir menerima surat daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menghalang beliau hadir acara pertabalan Agong di Istana Negara kerana tiada kerusi disediakan untuk beliau.

Pada mula mulanya, kata beliau, seperti kelaziman acara demikian adalah acara negara, rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari acara politik parti.

“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional,” sindir bekas PM 22 tahun itu.

Dalam tulisan ringkas Mahathir pada Blog CheDet hari ini, beliau memberitahu, pada 10 haribulan 11, 2016, beliau telah menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13 Disember 2016 jam 11.00 pagi sempena acara tersebut.

“Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” katanya.

Pada 6 Disember, 2016 beliau menerima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut: “Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.”

Surat ini tegasnya, bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika beliau hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada beliau.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *